Letak Widget Radio Era Pada Blog

salam bloggers kepada semua.. hari ini apit nak siapkan request dari cik fira kita..
lihat shout apit di bawah ini okay!



mari apit ajar bagaimana nak letak widget radio era.fm okay!
semua belajar sama-sama tau..

1. Log In > Dashboard > Design > Add a Gadget > Html/JavaScript
2. Copy Code di bawah ini dan pastekan pada Html/JavaScript tadi..












3. Selepas paste, SAVE lah. Senang saja kan.

SELAMAT MENCUBA! 

Cara Hapuskan Verification Code pada Entri

salam bloggers kepada kawan-kawan..
harap-harap semuanya sihat sahaja okay!
kawan-kawan rasa belog apit kreatif atau serabut?
kalau serabut tak payah la vote..
kalau rasa macam kreatif klik vote lah ye..
hari ini apit nak buatkan tutorial blog..
hati terdetik nak buat tutorial nie sebab rasa geram dan agak bebai sebab ada verification code apabila hendak menghantar komen pada sesuatu entri kan..
tutorial ini memang simple tapi blogger yang baru mungkin tak tahu..
mari kita belajar sama-sama okay!

1. Log In > Dashboard > Setting. Contoh seperti di bawah.


2. Selepas itu kawan-kawan scroll di bawah cari Show word verification for comments? Tick pada No. Then terus Save Settings! Contoh di bawah.


SELAMAT MENCUBA!

Tag Nama Kawan Pada Entri

salam bloggers kepada semua blogger..
harap semua kawan-kawan sihat pada hari ini..
hari ini apit nak siapkan request lagi..
apa la apit nie kan..hari-hari request sahaja..
harap maaf..belog ini bukan 100% cerita peribadi apit..
okay! request datang dari kwan blogger kita..
iaitu lanun muda..lanun pulak..hihi..

apa yang direquestkan? tag nama?
ooohh..simple sahaja request ini..
kepada yang tidak tahu mari apit ajar okay..
mungkin blogger baru tidak tahu..kita belajar..
tutorial ini berguna jika mahu tag kawan pada contest atau sebagainya..

1. Log In > Dashboard > New Post
2. Tulis entri seperti biasa. Taip nama kawan yang nak ditagkan. Contoh di bawah.


3. Highlightkan tulisan yang mahu ditagkan. Contohnya apit nak highlightkan Hafizzi Aziz untuk ditagkan. Contoh adalah di bawah.


4. Then click pada icon bentuk bumi di atas itu. Itu adalah LINK ataupun Hyperlink. Contoh adalah seperti di bawah.


5. Kemudian akan muncul satu pop up selepas klik icon Link tadi. Kawan-kawan masukkan URL blog atau website untuk nama yang ditagkan. Click OK selepas selesai masukkan URL.


6. Kalau pada tulisan yang dihighlight tadi mempunyai garisan biru di bawah maknanya tulisan tersebut telah ditagkan. Selesai. Mudah kan.

SELAMAT MENCUBA!

Cara Dapatkan Code Gambar Dari Photobucket

salam bloggers kepada semua..
semoga kawan-kawan sihat bersama keluarga tercinta..
tutorial kali ini amat ringkas daripada apit..
tutorial untuk dapatkan URL gambar dari Photobucket..
sepatutnya apit tidak perlu create tutorial ini..
tetapi kerana masih ramai tidak tahu bagaimana..
terutamanya kepada blogger yang baru..
so apit kena membantu juga kawan-kawan blogger lain..
so mari kita belajar sama-sama okay!
kawan-kawan kena ikut step by step okay!

1. masuk laman web photobucket dahulu..kepada yang tiada akaun photobucket ini, boleh la create dahulu akaun photobucket ini supaya dapat upload gambar.
2. Selepas dah abes daftar akaun baru, Log In dan pada paparan depan website tersebut ada di atas sekali UPLOAD NOW. Klik di situ. Contoh di bawah.


3. Tunngu seketika dan keluar satu paparan. Klik pada Select Photos and Videos untuk memuatnaik gambar yang anda mahukan. Contoh adalah di bawah.


4. Dan anda boleh memilih gambar yang mahu di upload. Pilih gambar dan click Open. Apit memilih gambar ShoutMix apit. Contoh adalah di bawah.


5. Selepas itu proses memuatnaik akan dijalankan. Tunggu sehingga proses itu selesai.


6. Bila dah selesai, scroll mouse ke bawah sedikit dan anda dapat melihat gambar anda selesai dimuatnaik di dalam akaun photobucket anda. Klik pada gambar tersebut.


7. Dan anda dapat melihat 4bahagian Code di gambar tersebut. Selalunya apit akan mengambil Direct Link untuk dgunakan di dalam blog. Contoh adalah seperti di bawah.


SELAMAT MENCUBA!

Teks Bergerak di Menu Bar

salam bloggers..
salam by Syafiq..
kawan kawan sihat? alhamdulillah..
hari ini apit dapat request dari kawan blogger kita iaitu saudari ciketawa..
apa yang kawan kita nie request ye?
ha semua lihat shout apit kat bawah ini..column purple tue..


okay! meh nak ajar meh..
jap jap,ciketawa try blockquote x menjadi?
ciannya..try and try again..godek godek jer coding..
kalau tak faham tanya jer apit!
kita belajar sama sama okay semua..
pandaiii...good girl! good boy!

1. Log In > Dashboard > Design > Edit HTML..
2. sila tick Expand Widget Templates..
3. Di keyboard pula, tekan Ctrl+F dan cari code kat bawah ini..



4. dah jumpa code kat atas itu?? bagus!
5. copy (Ctrl+C) code kat bawah ini and then paste (Ctrl+V) di bawah code yang kita cari tadi itu.



5. Lepas dah buat semua kan, Save Template dan View Belog!
6. Siap! Done! Excelent!

SELAMAT MENCUBA!

Membuat Slide Float Untuk Shout Box

salam bloggers kawan-kawan..
hari ini apit nak siapkan request seorang blogger baru..
dah lama dah dia request cuma apit tak sempat buatkan..
sibuk siapkan request photoshop dulu..
apa yang dia requestkan?
bagaimana nak buat kotak shout kat tepi..
oo macam belog apit itu..
so tunggu apa lagi..
mari kita belajar okay!

1. Log In > Dashboard > Design > Add A Gadget > HTML/Java Script
2. Copy Code di bawah ini dan Pastekan dalam HTML/JavaScript..

 






CODE SHOUTMIX ANDA





CODE SHOUTMIX ANDA - kawan-kawan amik code Shout Mix kawan-kawan dan pastekan di situ okay!
GAMBAR SHOUTMIX ANDA - letak la URL gambar untuk Slide Float. Cara dapatkan URL gambar klik sini.

3. Selepas itu save. Kalau nak letak atas ke, bawah ke godek-godek sendiri okay.

SELAMAT MENCUBA!

25 Perkara Yang Lelaki Suka Tentang Wanita

RE-Entry
Kepada semua wanita-wanita, beberapa tips untuk mengorat lelaki =P (sekadar hiburan)

perkara lelaki suka tentang perempuan
1. Bentuk tubuh yang menarik. Susuk tubuh hebat sememangnya menjadi dambaan lelaki. Bagi wanita yang secara semulajadi mempunyai susuk tubuh persis model, peliharalah ia supaya kekal hingga bila-bila. Bagi mereka yang terlebih montok pula, lakukan sesuatu agar susuk tubuh kembali langsing. Lelaki suka golongan wanita yang berusaha untuk tampil cantik di hadapan mereka.
2. Selain bentuk tubuh, aset lain yang mampu menggegarkan hati lelaki ialah mata, punggung dan langkah yang kemas. Jangan pelik jika ada lelaki yang jatuh cinta kepada anda hanya kerana anda mempunyai jari yang runcing dan kuku yang bersih. Ini kerana selera setiap individu itu berbeza di antara satu sama lain.
3. Sentiasa tersenyum apabila berbicara. Cuma jangan keterlaluan kerana nanti si dia fikir anda ‘tidak sihat’ pula. Bagi mereka yang mempunyai pendidikan yang lebih tinggi daripada teman lelaki atau suami, jangan pula menunjuk-nunjuk kerana lelaki sangat gemarkan wanita yang merendah diri dan tahu menghormati orang lain.
4. Lemah lembut. Sifat ini cukup untuk mencairkan hati lelaki. Tapi awas, lelaki tidak suka wanita yang mengada-ngada atau menunjukkan sikap manja yang berlebihan.
5. Jujurlah dengan teman lelaki atau suami anda. Si dia pasti akan menghargai anda kerana lelaki sangat suka dengan wanita yang jujur atau tidak menipu.
6. Penampilan yang sederhana. Jangan keterlaluan apabila bersolek kerana kebanyakan lelaki sukakan wanita yang mempunyai kecantikan semulajadi. Paling penting, anda perlu tahu bahawa kecantikan itu sangat subjektif. Lakukan apa yang dia suka dan elakkan perkara yang tidak digemarinya.
7. Jangan perasan walaupun anda sememangnya mempunyai paras wajah yang cantik. Kalau ada orang lain yang memuji anda cantik, cukup dengan sekadar tersenyum. Si dia pasti bangga dengan sikapmu itu.
8. Bermanjalah dengan si dia apabila si dia memerlukan anda bersikap sedemikian. Selalunya apabila berada di dalam situasi yang romantik, lelaki juga suka bermanja atau dimanjakan. Ketika ini anda bolehlah menunjukkan kemahiran ‘manja’ yang anda miliki.
9. Bijak menyesuaikan diri di dalam apa jua situasi terutama apabila berada di hadapan khalayak ramai atau di majlis-majlis rasmi. Pasti si dia tersenyum bangga melihat personalitimu itu.
10. Jangan bercakap perkara yang remeh-temeh kepada si dia. Cakaplah perkara yang penting sahaja kerana perkara remeh-temeh yang anda sampaikan itu hanya akan membuatkan si dia bosan dengan sikapmu. Lebih membuatkan si dia menyampah jika anda suka bercerita tentang perkara yang melibatkan orang lain atau lebih tepat suka mengumpat.
11. Matang apabila bersama dengannya. Lelaki tidak gemar dengan wanita yang terlalu keanak-anakan. Apatah lagi kalau anda sememangnya sudah berusia.
12. Jangan sekali-kali membandingkan si dia dengan rakan lelaki yang lain. Perkara itu hanya akan membuatkannya marah atau lebih teruk, si dia tidak akan berasa selesa bila bersama dengan anda lagi.
13. Jadilah peneman si dia sama ada di waktu senang atau susah. Wanita sebegini selalunya akan menjadi sumber inspirasi atau kekuatannya apabila berhadapan dengan sesuatu masalah.
14. Jadilah pendengar yang setia. Jangan sekali-kali memotong percakapannya apabila si dia sedang bercakap. Lelaki tidak suka wanita yang terlalu banyak bercakap tetapi tidak tahu mendengar apabila orang lain berbicara.
15. Pandai membelai. Walaupun lelaki sinonim dengan sifat kasar, namun pada waktu tertentu mereka sangat suka apabila dibelai oleh insan yang paling dicintai.
16. Jangan terlalu suka meminta-minta, merengek atau mendesak-desak kepada lelaki. Lelaki tidak gemar wanita terlalu berkuasa di dalam sesebuah perhubungan. Jika anda sangat memerlukan sesuatu perkara, mintalah secara baik kerana lelaki selalunya mudah untuk bertolak-ansur dalam pelbagai perkara.
17. Sentiasa menunjukkan sikap prihatin terhadap teman lelaki atau suami. Apa salahnya sesekali anda menghubunginya untuk mengucapkan selamat pagi atau selamat makan tengahari kepadanya. Walaupun nampak kecil, tetapi apa yang anda lakukan memberikan impak yang cukup besar terhadap teman lelaki atau suami anda.

perkara lelaki suka tentang perempuan
18. Belajar berdikari dan jangan terlalu bergantung harap pada si dia. Selalunya lelaki tidak suka melakukan perkara yang remeh kerana banyak lagi perkara lain yang lebih penting perlu mereka fikirkan. Apa salahnya anda pergi ke pasar atau membayar bil seorang diri.
19. Tunjukkan kepadanya bahawa anda mempunyai prinsip hidup yang jelas. Jangan sekali-kali membiarkan lelaki mempermainkan anda. Lelaki selalunya lebih menghormati golongan wanita yang sebegini.
20. Berterus-teranglah dengan teman lelaki atau suami anda. Jangan sekali-kali menyorokkan kebenaran daripada mereka walaupun sesetengah kebenaran itu sememangnya pahit untuk ditelan.
21. Berikan sedikit kebebasan kepada si dia. Adakalanya lelaki juga mahu menghabiskan masa mereka bersama teman-teman mereka yang lain. Kalau anda boleh melakukannya, pasti si dia tidak teragak-agak untuk terus bersama anda.
22. Belajar menghormatinya. Selain dirinya, anda juga perlu bijak menjaga hati ahli keluarga serta teman-teman rapatnya. Jika ahli keluarga serta teman-temannya menyukai anda, itu merupakan satu petanda bahawa perhubungan anda akan berkekalan sampai bila-bila.
23. Jangan tunjukkan diri anda seperti seorang individu yang terlalu sempurna. Anda perlu terima hakikat bahawa di dalam dunia ini tiada seorang pun yang sempurna. Lelaki juga selalunya suka kepada wanita yang berani mengakui kelemahan dan kesilapan diri. Itu menunjukkan wanita tersebut sangat realistik dengan apa sahaja yang dilakukannya.
24. Belajarlah memasak. Terasa pelik bila seorang perempuan itu tidak tahu memasak, Gerrard pun tahu masak tau ^_^v. Memasak  menunjukkan minat anda terhadap si dia dan dia bangga dengan usaha anda.
25. Berpendidikan. Bukan bererti perlu mempunyai segulung ijazah dari mana-mana universiti tetapi cukup menonjolkan sikap rasional dan berfikiran positif bersama pasangan anda.Anda tidak semestinya perlu mempunyai segulung ijazah daripada mana-mana universiti. Tetapi tonjolkan sikap individu yang mempunyai etika serta sikap yang menyenangkan apabila anda bersama si dia. Paling penting sentiasa bertindak rasional dan berfikiran positif apabila anda mengalami sebarang masalah..